TERMA & SYARAT:

 

  1. Syarikat hanya memilih pelanggan yang berkualiti dan tidak akan melayan pelanggan yang meragukan.

  2. Booking form beserta salinan Kad Pengenalan/Passport dan Lesen Memandu mestilah dihantar untuk persediaan kereta dan juga menapis profile pelanggan.

  3. Lokasi ambil/pulang kereta adalah di Petronas Bukit Jelutong dari 9:00 pg hingga 5:00 ptg. Lokasi di luar waktu akan ditetapkan kemudian.

  4. Caj penghantaran / ambil kereta akan dikenakan mengikut kadar semasa (GRAB + TOL + RUNNER) ke tempat yang dipersetujui.

  5. Sekuriti deposit bersamaan dengan kadar sehari sewa akan dikenakan untuk booking confirmation dan juga sebagai cagaran, akan dipulangkan kepada PEMINJAM dalam masa 3 hari waktu pekerja selepas memulangkan kereta jika tidak mempunyai sebarang masalah.

  6. Pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan 24jam sebelum waktu booking confirmation. Jika tidak, sekuriti deposit tidak akan dipulang.

  7. PEMINJAM mestilah berumur 21 tahun ke atas. Di bawah 21tahun mestilah bersama penjamin berumur atas 21 tahun.

  8. PEMINJAM mestilah mempunyai lesen memandu kelas “D” yang sah.

  9. PEMINJAM dilarang sama sekali melakukan atau melibatkan kereta dengan sebarang kegiatan jenayah / sesuatu yang menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada peminjam yang Ingkar dan laporan Polis akan dibuat.

  10. PEMINJAM bertanggungjawab sepenuhnya keatas kereta yang dipinjam, sebarang masalah ataupun kes yang timbul adalah tanggungjawab PEMINJAM sepenuhnya dan ianya tiada kena mengena dengan pemilik kereta. Kereta mestilah dijaga dengan baik dan dipulangkan dalam keadaan yang sama semasa ambil.

  11. PEMINJAM bertanggungjawab sepenuhya penjagaan luaran dan dalaman kenderaan, sistem enjin dan sistem roda. Sebarang Kerosakan atau Kecacatan semasa di dalam tempoh pinjaman akan dikenakan Caj RM50.00(minimum) – RM2,500.00(maksimum) atau lebih kepada penyewa. 

  12. PEMINJAM hendaklah memaklumkan kepada pihak syarikat sebelum membaiki kenderaan jika berlaku kerosakan. Sebarang kerosakan kecil ataupun besar disebabkan oleh PEMINJAM, hendaklah ditanggung sepenuhnya oel PEMINJAM. Sebarang tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut kerosakan yang di alami.

  13. PEMINJAM mestilah memaklumkan kepada pihak syarikat sebelum membuat sebarang laporan polis jika berlaku sebarang kemalangan.

  14. PEMINJAM bertanggungjawab untuk membayar RM 500.00 (minimum) – RM 2,500.00 (maximum) bergantung kepada tahap kemalanagan, jika berlaku kemalangan yang melibatkan tuntutan insurance atau menanggung kos kerosakan kenderaan tersebut beserta membayar separuh daripada harga sewaan harian sehingga kenderaan kembali beroperasi. 

  15. PEMINJAM hendaklah menanggung segala saman/denda yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

  16. PEMINJAM mestilah memulangkan kereta tepat mengikut masa yang dijanjikan dan mestilah memaklumkan 6 jam awal sekiranya ingin menangguh. Bayaran tambahan akan dikenakan mengikut jenis kenderaan. 

  17. Sekiranya PEMINJAM tidak memulangkan kereta melebihi 24jam tanpa notification, laporan polis “Kes Curi Kereta” akan dilakukan oleh pihak syarikat. Sebarang masalah yang timbul selepas itu akan ditanggung sepenuhnya oleh PEMINJAM.

  18. PEMINJAM mestilah memastikan level minyak sama seperti ketika ambil semasa memulangkan kereta. Jika kurang, syarikat akan tolak dari sekuriti deposit. Jika lebih, syarikat akan refund mengikut resit & kadar sesuai.

  19. Patuhi undang-undang semasa kerajaan seperti ketika musim covid, minima 4 orang, memakai mask, sanitize dan sebagainya.

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • White Instagram Icon

© 2016 by KeretaSewaKu.com